Neapolitan Ice Cream
BUDAK SPM DAH MERDEKA HOHOHOHO
Posted on @December 6, 2013 with 0 COMMENT(S)

(gambar takde motif heuheuheu)

Assalamualaikum & Hello.... Yeah akhirnya....
Setelah berbulan tak update blog ni (blogskin pun dah tukar).. dengan rasminya I'M BACK to this blogger world, AGAIN. Yeah sounds too mainstream right? LOL baru lepas spm kan hmmm overall exam tu okay, soalan je yang tak okay hahaha ok stop. sebenarnya.. ada beberapa paper je yang aku rasa macam nak terjun longkang bandaran je huhhh.. subjek Prinsip Akaun dengan Add Maths ni memang subjek 'killer' (bagi aku yang malas study add maths..yeap u know) tapi actually aku berharap result add maths tu at least lulus sebab aku pun tak berani nak target sampai C ; takut tak capai target. Akaun? Bertawakal sajalah. Harap-harap keputusan spm keluar nanti tidak mengecewakan aku, ibu bapa aku, cikgu aku dan byk lagi lah.. Amin.



  Oh terlupa nak bagi tahu. To be honest, aku dapat join PLKN sesi 2014 yesss omg (this is fake) well aku tak berharap sangat nak dpt plkn ni tapi mungkin ia merupakan pengalaman baru yang kawan-kawan aku yang tak dapat jemputan plkn tu tak berpeluang untuk merasa peluang sebegitu. Terima kasih Ya Allah :')
Apa yang aku jangka jadi lain... amboi bukan main seronok lagi classmate aku dapat tahu yang diorang tak dapat jemputan ke plkn. Dah la tanya aku dpt ke tak... lepas dapat tahu pasal aku, melonjak kegembiraan nampaknya.. Biarlah Hanis oi. Anggap je itu sebagai sebagai pembakar semangat aku untuk ke sana. Perasaan aku lepas dapat tahu diri aku terpilih? Hanya satu perkataan, bercelaru. Yes.. nak kata gembira sangat pun tak, sedih pun tak jugak.. kecewa pun tak. Bangga? Yeah, mungkin. Seperti yang tercatat kat gambar tu (mungkin tak jelas).. Hanis dapat kumpulan 2 atau 3. Haa nasib baik tak dapat kumpulan 1. Bulan Januari tahun depan dah kena pi.. tapi tu lah, banyak masa terluang la pulak sementara tunggu kumpulan satu habis sesi latihan tu. Jiran aku kata.. anak lelaki dia lepas balik dari plkn, berubah 360 darjah! Maksudnya.. dari segi sahsiah, moral, rohani dan jasmani dia berubah lebih baik dari sebelum pergi ke PLKN. Hanis pun harap-harap boleh la terapkan sedikit sebanyak pembelajaran kat sana nanti.. InsyaAllah ♥ 


 Nampak sangat aku terlebih teruja nak ke PLKN =___=



Labels: , , , ,



Layout by chocolettha. Post title from owlala. Colors & Image neapolitan ice cream & 1950's Argyle.