Neapolitan Ice Cream
Semoga dia cepat sembuh ..
Posted on @April 18, 2012 with 0 COMMENT(S)



Assalamualaikum and Hello peeps.
Today, 18/4/2012 ;
Terjadi satu insiden yang aku tak pernah jangka sepanjang aku jadi bestfriend dia.
Pagi tadi, dia gitau .. 
" Tengku, kami lupa bawak pam (inhaler) .. mcm mana nii.. Sakit."
aku pun balas .. "Laa, awatnya tak bawak..kan tak kebah lagi.. awat mai sekolah kalau tak sihat lagi?"
Aku asyik terdengar dia batuk.. batuk berkahak pulak tu. Kesian gila aku tengok keadaan dia pagi tadi. 
Pastu dia balas, "Aii, macam halau kami balik ja ni.." (sempat lagi dok melawak)
"Ish, mana ada. Kalau semakin teruk kami nak pi pejabat." aku pun balas apa dia cakap tadi.
Lepas tuu.. waktu kelas Bahasa Inggeris pagi tadi.
Cikgu suruh dia explain pasal watak-watak dalam cerpen tu.. dia pun dengan lemahnya bangun ..
Bla..bla..bla.. then cikgu suruh perkuat sikit suara dia.. bla..blaa
Terus jatuh. Heh aku tercengang kot waktu tu.. Dah la berat nak angkat dia dok atas kerusi tadi..
Terus terang aku bagitahu yang aku tak pernah mengalami situasi sebegitu. :'(
Cikgu pun kata, "tak pa, bagi dia rehat dulu..Okey, we continue...and bla..bla..."
Then waktu rehat tu.. dia kata pulak.. "Tengku, kami tak mau balik.. dah tertinggal banyak sangat pelajaran hari Isnin dengan Selasa tuu." Aku pun kata.. "Atika, hampa jangan la paksa diri. Kalau lemah ja macam mana nak tumpukan perhatian bila cikgu mengajar..." Tapi waktu pujuk dia balik tu.. akhirnya dengan rela hatinya dia ambil keputusan untuk balik ke rumah time rehat. Aku lega.. tak dak la nak jaga orang sakit sambil belajar (fikiran negatif) ..hahaha :'D
Aku berharap dia sembuh dengan cepat dan sihat seperti dulu. Amin .
p/s : Ujian pertengahan tahun makin hampir..(02-14 Mei 2012)

Oh God, why time so fast leaving me ?






Labels: , , , ,



Layout by chocolettha. Post title from owlala. Colors & Image neapolitan ice cream & 1950's Argyle.