Neapolitan Ice Cream
JPJ : Lulus atau Kandas?
Posted on @June 11, 2015 with 3 COMMENT(S)


Assalamualaikum / Hello!
Hari ni yang sepatutnya menjadi hari yang bahagia terus bertukar ke hari paling sedih. Rasa loser sangat. Sebab apa? Meh nak cerita. (It's gonna be a VERY LONG STORY!)

6.00 am - Bangun pagi, mandi and solat subuh macam biasa. Lepas solat, doa banyak supaya dipermudakan dipermudahkan urusan test JPJ hari ni.

7.25 am - Bertolak ke IKMP (sekolah memandu). Nervous sampai sakit perut... duhhh dah tak sedap hati ni -__-

  Okay so dalam 7.40 pagi macam tu cikgu memandu tu panggil student-student dia pergi kat kereta suruh tengok dia buat Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK). Dalam banyak-banyak student dia, aku sorang je perempuan yang tercongok-congok tengok cikgu tengah buat RPK. Aku pun angguk-angguk apa semua bila dah selesai, cikgu suruh pergi masuk pejabat daftar diri.... dalam masa beratur tu, giliran aku nombor 4!! Awal seyhhh.. *vest tu nampak hodoh je bila orang tembam macam aku ni bila pakai. Lepas tu terus dengar taklimat pendek dari salah sorang cikgu yang kerja kat sekolah memandu tu. Okay dah tamat tu, semua diarahkan jalan ke dewan menunggu nun jauh disana, dekat dengan litar test motosikal.. tunggu dalam 15 minit dalam bilik tu, dia panggil sorang demi sorang tapi dia dahulukan yang calon ulangan tapi baru aku sedar... gila ramai calon ulangan hari ni.. 40 orang test JPJ hari ni.. ramai okayy.

  Bila dah sampai giliran aku, aku ambil borang biru tu and dia suruh aku terus ke pondok menunggu berdekatan tempat ujian bukit. Dalam 10 minit tunggu, ternampak la kelibat orang berpakaian uniform macam polis... hah tudia mai dah abang-(pakcik) JPJ kita tengah jalan ke arah kereta yang kena buat RPK dulu.. -.- Tak lama lepas tu, ada sorang pakcik tu panggil nama and nombor sorang demi sorang.. dia panggil no. 1 dengan no. 2 dulu.. lepas tu dua orang pertama tu pun buat la RPK dengan jayanya tapi masa aku perhatikan diorang buat RPK, saya terfikir.. *eh kejapnya buat RPK....
Dipendekkan cerita dua orang pertama tadi lulus bahagian 2 (litar) Alhamdulillah... yahh finally kedengaran nama orang ke 3 dan ke 4 dipanggil. Aku tak berlengah lagi, terus pergi kat kereta yang pegawai JPJ tu tunjuk.. tapi sebelum kami dua buat RPK.. pegawai JPJ tu mai kat aku cakap "Kamu dua cuma check dalam bonet depan dengan belakang je, yang lain saya excuse.." Masa ni memang syukur sangat tak payah bebel banyak, tapi masa check bonet depan, semua aku check paras air, tali sawat etc tapi satu je aku terlupa.... tak keluarkan penunjuk paras minyak enjin!!! Aku tersedar masa aku nampak laki yang no. 3 tu lap minyak tu guna kain buruk.. "Ahh sudah.." Lepas tu pegawai tu datang, dia suruh aku buat bonet belakang pulak.. satu lagi aku lupa nak check.. check tayar spare tu ada angin dengan bunga! Haih awal-awal lagi dah cuai..... saya tengok borang tu , dia tick "gagal memeriksa angin dan bunga pada tayar gantian". Tolak satu markah. Dah selesai, kena tunggu kereta pulak... okay RSM pun aku buat dengan jayanya tapi kenapa deh pegawai JPJ tu tick bahagian tak tarik handbrek padahal aku buat okay.. ah lantak. 

 Tiba masanya untuk test pertama, ujian menaiki bukit. Bukit ni dah berjaya buat cikgu-cikgu sekolah memandu mengucap panjang masa hari latihan.. dah malas nak cerita.. sedih sangat bila dipikirkan balik.. Tekan clutch rapat , gear 1, turun handbrek and jalan naik bukit! Cubaan pertama, gagal sebab berhenti sebelum garisan kuning. Cikgu yang pantau tu pun cakap "Kamu dah kenapa ni.. tekan lagi minyak tu.. tengok ni (tunjuk tayar depan), mana sampai pun.. lagi satu, tak payah brek mengejut boleh tak? Okay turun buat sekali lagi!" Aku dah gelabah.. aku iya kan jelah.. okay cubaan kedua berjaya!! Alhamdulillah.. tarik handbrek , hon and angkat tangan. Lepas dia bagi arahan turun, aku tekan minyak lepas clutch macam cikgu ajar, Alhamdulillah lepas walaupun mengaum jugak bunyinya hahahaha.. asal lepas bukit sudah. 

 Setibanya di side parking, aku lambat luruskan tayar kereta lepas membelok masuk and then senget la sikit kereta tu. Sampai target, tukar gear reverse and pusing la stereng macam selalu buat. Alhamdulillah sekali lagi berjaya masukkan kereta dalam kotak. Hon dan angkat tangan. Terus keluar dari petak tapi aku pusing stereng cepat sangat(?) sampai tayar belakang aku ternaik divider sikit.. Masa tu aku dah rasa..okay gagal.. tapi aku usha pegawai JPJ tu.. dia tak tengok aku tadi!! Bersyukur sangat dah masa ni. Terus ke 3 penjuru. Alhamdulillah lagi sebab aku buat dalam masa kurang 2 minit... lepas tu terus la ke selekoh S dan Z. So far, takde masalah, lepas kedua-duanya. Dengan ini saya mengisytiharkan yang saya lulus Bahagian 2! 

 Dengan bahagianya ke dewan menunggu tu balik.. fuh panas.. Bagi balik borang tu then dia suruh tandatangan bagai and diorang bagi borang untuk test jalan raya. Menunggu dan terus menunggu.. dalam 15 minit, tibalah giliran aku. Masa tu dua-dua kereta ada, Viva dengan Kancil. Aku pun keliru nak pilih yang mana.. last-last ada orang jaga situ tanya aku nak test yang mana satu.. aku pun dengan selambanya cakap mana-mana kereta pun takpa. "Okay kamu guna kancil." Aku pun ikutlah cakap dia. Mak aii.. aku kena pegawai JPJ perempuan. Cuak lagi lah haaaa.. Muda lagi siap dengan spek rayban dia tu. Yang lawaknya masa buat RSM, kena check side mirror kiri kanan, aku check kanan.. tapi kiri.. aku.. tak.. sampai.. tangan... nak capai side mirror kiri.. aku siap pi sebut "Alamak, tak sampai la cik.." Aku sentuh je sebenarnya :P 
Dah selesai semua step aku pun mula macam biasa.. alhamdulillah lepas jugak keluar dari sekolah memandu ni.. aku pun memandu macam biasa, ikut kelajuan... lepas trafik light kedua.. aku tak perasan yang kereta tu ketepi sangat sampai kena line tepi jalan. Tetiba aku hilang fokus lepas tu ada motor kat depan.. dekat sangat oii.. aku tengok pegawai JPJ tu tekan brek kaki dia.. lepas tu aku baru dengar suara dia..

Peg. JPJ: Kamu tahu tak kamu buat kesalahan mandatori??
Aku: Tak tahu..(aku dah agak aku akan gagal masa ni)
Peg. JPJ:  Bawak kereta secara bahaya lepas tu, kamu langgar line tepi jalan raya... dah kamu berhentikan kereta tepi ni. Kamu gagal jalan raya....
Aku : .... (seriously time ni tangan aku ketar siot sampai tak cakap apa dah.. akhirnya... hm redha sajalah)

 Aku tengok luar je masa dia patah balik kat roundabout tu. Lepas tu aku perhati dia tukar gear macam mana.. lepas tu tengok luar tingkap lagi dan lagi sampai la masuk IKMP. Malu jangan cerita.. orang tengok aku duduk bahagian penumpang tu maknanya GAGAL laa yer anak-anak..
Dia ambik borang tu tanda apa-apa yang patut.. lepas tu dia komen panjang siot, tulisan dia kalah adik aku oii.. Ayam pun malu tengok agaknya tengok tulisan dia (hahaha maafkan saya cik puan..) lulz

  Dengan langkah kaki yang makin longlai, ku gagahkan juga.. menahan rasa malu yang menebal di hati ini... berjalan ke arah petugas kat situ tapi aku berhenti kejap bila aku nampak muka yang sangat familiar.... oh WHAT THE HELL WHAT ARE YOU DOING HERE MY EX CRUSH???!!! Masa aku sampai kat situ je aku dah macam ok why are u here dude why why why -_- Dahla petugas tu sibuk tanya aku gagal kat mana.. dengan laki tu kat meja yang sama.. ohh apakah ini... dugaan apakah ini ya Allah.. rasa loser sangat okay bila orang tengok kita gagal.... Bila petugas tu sebut nama penuh dia.. YAHHH TAK SYAK LAGI memang dialah.. berhuhuhuhuhulah saya sampai ke pejabat untuk bagitahu hari retest.. tanpa berlengah lagi terus call mak.. tapi masa ni control lagi taknak nangis.. sampai rumah je mengamuk bagai.. macam hari test QTI yang aku fail dulu hahaha macam budak-budak la bila dipikirkan balik.. masuk bilik meramu je air mata keluar.. duhhhh mula dah.. and lama kelamaan aku dah boleh terima kenyataan (lama jugaklah.. lepas Asar tadi baru aku move on dari kesedihan dan kegagalan kat jalan raya dengan pujukan dari kawan-kawan dengan mak ayah saya..) yang gagal sekali tu bukan gagal selamanya... Susah apa? Gagal, retest lagi. Tapi aku takkan retest dah lepas tu (kalau aku gagal retest kali kedua) sebab mungkin dah hilang motivasi untuk teruskan retest..hmm macam-macam jadi hari ni.. hari isnin ni aku buat latihan tambahan dengan cikgu untuk jalan raya sahaja... tadi dah dapat laluan B, laluan paling dekat dan senang.. tapi tulah tak dak rezeki nak berjaya lagi...... insyaALLAH lepas ni aku boleh bawak kereta dengan halal atas jalan raya. Fighting! 





Labels: , , , , , ,



Layout by chocolettha. Post title from owlala. Colors & Image neapolitan ice cream & 1950's Argyle.